Kerjaya Fazidah Joned

Beliau mula menyanyi semenjak berusia 14 tahun lagi dengan Orkestra Sukmamurni pimpinan bapa saudaranya, Shahruddin Amin. Bersama orkestra itu, Fazidah sering diundang ke majlis-majlis perkahwinan dan pertunjukan pentas.

Pembabitannya secara serius dalam bidang nyanyian mula terserlah setelah memenangi pertandingan Bintang Radio pada tahun 1962.

Bintangnya semakin bersinar sebagai penyanyi setelah mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI selama tiga tahun. Dalam masa tiga tahun itu, Fazidah telah melahirkan sembilan EP dan sebuah LP berjudul Tiga Bidara.

Popularitinya ketika itu setanding dengan artis-artis popular seperti SM Salim, Kamariah Noor, Saloma, P. Ramlee dan Julie Sudiro. Bagaimanapun, di tengah-tengah popularitinya, dia menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan teman sepermainannya semenjak kecil, Wan Abdul Aziz Mohd. Ali[1]

Berkaitan